Thursday, 13 October 2016

1) Batas-Batas Pergaulan

Manusia merupakan makhluk sosial yang diciptakan oleh Allah swt. Allah swt menciptakan manusia sedemikian rupa, manusia juga merupakan makhluk yang paling sempurna diantara ciptaan Allah swt yang lainnya, Allah menciptakan manusia begitu sempurna karena manusia merupakan khalifah di muka bumi ini. Ada dua jenis manusia yang diciptakan oleh Allah swt, iaitu kaum lelaki dan perempuan. Firman Allah swt dalam Al-qur’an surat Al-Hujurat ayat 13:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Allah berfirman bahawa Ia menciptakan manusia pelbagai bangsa agar saling mengenali. Maksudnya, Allah SWT memerintahkan manusia untuk bersosialisasi dan saling bergaul antara satu sama lain. Allah SWT juga menjelaskan di dalam ayat ini bahawa manusia diciptakan berbeza-beza dari berbagai suku kaum dan bangsa, dan Allah tidak suka orang-orang yang sombong dengan apa yang dimilikinya kerana sesungguhnya yang paling mulia dihadapan Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa.
Pergaulan merupakan suatu fitrah bagi manusia kerana sesungguhnya manusia merupakan makhluk yang bersosial. Manusia juga memiliki sifat tolong-menolong dan saling membantu antara satu sama lain. Namun, di zaman sekarang ini terlalu ramai remaja yang terjebak dalam kemaksiatan akibat salah pergaulan, seperti adanya video lucah, berzina, dan berbagai lagi. Hal ini terjadi kerana pergaulan yang tidak dibatasi dengan iman yang kukuh sehingga mudah terpengaruh dengan  arus pergaulan yang bersifat negatif.
Sebenarnya tidak hanya pergaulan terhadap lawan jenis yang saat ini sedang merebak di masyarakat tetapi hubungan antara anak dan orang tua juga banyak penyimpangan seperti adanya pembunuhan seorang ibu oleh anaknya, hal itu juga disebabkan oleh iman si anak yang masih lemah dan goyah. Sebenarnya di dalam Al-qur’an telah dijelaskan hubungan antara laki-laki dan perempuan, hubungan sesama jenis, hubungan antara anak dan orang tua, hubungan antara muslim dan bukan muslim, dan lain-lain lagi. Namun bagi mereka yang baru saja mengetahui peraturan ini akan merasa tertekan kerana pergaulan dalam islam begitu penting dan tidak seperti pergaulan yang umum yang ditemui di masyarakat lain.





Batas-Batas Pergaulan dalam Islam
A.      Pergaulan antara lawan jenis
Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam. Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan:
“Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.
Allah swt telah mengatur sedemikian rupa mengenai pergaulan antara lawan jenis. Allah swt berfirman dalam surat Al-Israa ayat 32,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (QS. 17:32).
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah melarang manusia untuk mendekati zina kerana sesungguhnya zina merupakan perbuatan yang keji. Zina berlakunya disebabkan oleh kurang kukuhnya iman seorang manusia dan akhirnya terbawa dalam pergaulan bebas ini. Islam mengatur batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, batas-batas tersebut dibuat bukan untuk mengongkong kebebasan manusia, tetapi ia merupakan salah satu bentuk kasih sayang Allah SWT terhadap umat manusia sebagai makhluk yang mulia. Sebagai muslim yang beriman, kita sebagai remaja seharusnya memperhatikan beberapa adab pergaulan yang telah diatur didalam Al-Quran.
Adab–adab pergaulan dalam islam :
· Pertama, hendaknya setiap muslim menjaga pandangan matanya dari melihat lawan jenis secara berlebihan. Dengan kata lain hendaknya dihindarkan berpandangan mata secara bebas. Perhatikanlah firman Allah berikut ini,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (QS. 24:30)




Awal dorongan syahwat adalah dengan melihat. Maka jagalah kedua biji mata ini agar terhindar dari tipu daya syaitan. Tentang hal ini Rasulullah bersabda, “Wahai Ali, janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) dengan pandangan lain, karena pandangan yang pertama itu (halal) bagimu, tetapi tidak yang kedua!” (HR. Abu Daud).
· Kedua, hendaknya setiap muslim menjaga auratnya masing-masing dengan cara berpakaian merupakan islam agar terhindar dari fitnah. Secara khusus bagi wanita Allah SWT berfirman,
Dan Katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung di kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).
Batasan aurat bersama bukan mahram (ajnabi)
1.      Lelaki – antara pusat ke lutut
2.      Wanita – seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
• Berpakaian sopan menurut syariat, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung mestilah dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berpakaian asalkan menepati standard pakaian Islam.
• Hayati pemakaian kita di dalam solat. Sebagaimana kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah, mengapa tidak kita praktikkan dalam kehidupan di luar? Sekiranya mampu, bermakna solat yang didirikan berkesan dan berupaya untuk mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
• Jangan memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti  kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi SAW menyebutkan : “Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah). 


· Ketiga, tidak membuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina (QS. 17: 32) misalnya berkhalwat (berdua-duaan) dengan lawan jenis yang bukan mahram. Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).


· Keempat, menjauhi pembicaraan atau cara berbicara yang boleh ‘menaikkan selera’. Arahan mengenai hal ini kita ketahuinya di dalam firman Allah,
“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).
Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (bukan mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).
Melunakkan suara yang berbeza dengan merendahkan suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19). Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Whatsapp ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ia menggambarkan keperibadian seseorang itu.

· Kelima, hindarilah bersentuhan kulit dengan lawan jenis, termasuk berjabatan tangan sebagaimana dicontohkan Nabi saw, “Sesungguhnya aku tidak berjabatan tangan dengan wanita.” (HR. Malik, Tirmizi dan Nasa’i).
Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya kepala yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi). Selain itu, dari Aisyah :”Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali.”(Riwayat Bukhari).


Hal ini dilakukan oleh Nabi SAW yang sudah pasti untuk memberikan teladan kepada umatnya agar melakukan tindakan preventif sebagai usaha penjagaan hati dari bisikan syaitan.
Selain dua hadits di atas ada pernyataan Nabi yang demikian tegas dalam hal ini, bekiau bersabda: “Seseorang dari kamu lebih baik ditikam kepalanya dengan jarum dari besi daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thabrani).
· Keenam, hendaknya tidak melakukan ikhtilat, yakni berbaur antara lelaki dengan wanita dalam satu tempat. Hal ini diungkapkan Abu Asied,“Rasulullah saw pernah keluar dari masjid dan pada saat itu bercampur baur antara lelaki dan wanita di jalan, maka beliau berkata: “berundurlah kalian (kaum wanita), bukan untuk kalian berjalan dibahagian tengah; bahagian kalian adalah di tepi (HR. Abu Dawud).
·  
Selain itu Ibnu Umar berkata, “Rasulullah melarang lelaki berjalan diantara dua wanita.” (HR. Abu Daud).
B.   Pergaulan Sejenis
Dalam hal menjaga aurat, Nabi SAW pun menegaskan sebuah karma yang harus diperhatikan, beliau bersabda: “Tidak dibolehkan laki-laki melihat aurat (kemaluan) laki-laki lain, begitu juga perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Dan tidak boleh laki-laki berkumul dengan laki-laki lain dalam satu kain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh berkemul dengan sesama perempuan dalam satu kain.” (HR. Muslim)
C.   Pergaulan Seorang Muslim dengan Bukan Muslim
Dalam perkara-perkara umum (sosial) kita tetap menjalin hubungan yang baik dengan bukan muslim sekalipun. Contoh yang baik ialah apabila Nabi SAW berdiri ketika mengiringi jenazah bukan muslim. Kita perlu tahu bahawa ada tiga jenis bukan muslim iaitu kafir harbi, kafir dzimmi, dan kafir mu’aahad. Masing-masing mempunyai kelakuan yang berbeza. Dalam masalah aqidah dan ‘ubudiyah, kita tegas terhadap non muslim. Contohnya, kita tidak mengucapkan dan menjawab salam kepada mereka, tidak mengikuti ritual ibadah mereka, dan yang sama sepertinya.





D.   Pergaulan Sesama Muslim
Sesama muslim adalah bersaudara, seperti tubuh yang satu dan seperti satu bangunan yang kukuhh dan saling mendukung antara satu sama lain. Pergaulan sesama muslim dibalut dengan ukhuwah islamiyah.
Ada banyak hak saudara kita atas diri kita, antaranya sebagaimana dalam hadits Nabi SAW berkata iaitu jika diberi salam hendaknya menjawab, jika ada yang bersin hendaknya kita doakan, jika dijemput hendaknya menghadirinya, jika ada yang sakit hendaknya kita jenguk, jika ada yang meninggal hendaknya kita solatkan, dan jika dimintai nasihat hendaknya kita memberikannya. Selain itu, sesama muslim juga tidak saling bermegah-megah, tidak memfitnah, tidak menyebarkan aibnya, tetapi haruslah berusaha membantu dan meringankan bebannya, dan sebagainya.
E.    Pergaulan dengan Jiran Tertangga
Jiran tetangga harus kita hormati. Misalnya dengan tidak menzalimi, menyakiti dan mengganggunya, malah haruslah membantunya, contohnya meminjamkan sesuatu yang diperlukannya, memberinya sebahagian makanan yang kita masak kepadanya.
Kesimpulan

Pergaulan bebas adalah salah satu penyebab hidup dari makhluk manusia sebab manusia adalah makhluk sosial, dan hubungan antara manusia dibina melalui suatu pergaulan (interpersonal relationship).
Pergaulan juga adalah setiap individu itu harus dibebaskan sehingga setiap manusia tidak boleh dibatasi dalam pergaulan, apalagi dengan melakukan diskriminasi, disebabkan itu melanggar hukum hakam. Pergaulan antara manusia seharusnya bebas, tetapi tetap mematuhi hukum, agama, budaya, serta bermasyarakat. Jadi, pergaulan bebas mestilah teratur atau mestilah membatasi hukum-hukum hidup manusia tentunya tidak akan menimbulkan ekses-ekses seperti saat ini.
Yang penting sebenarnya adalah bagaimana remaja dapat menempatkan dirinya sebagai remaja yang baik dan benar sesuai dengan tuntutan agama yang berlaku di dalam masyarakat serta dituntut serta orangtua sentiasa memperhatikan tingkah laku dalam kehidupan seharian anak mereka, memberikan pendidikan agama, memberikan pendidikan seks yang benar. Oleh sebab itu permasalahan ini merupakan tugas seluruh elemen bangsa tanpa terkecuali.
Usaha untuk pencegahan sudah semestinya terus dilakukan untuk menyelamatkan generasi muda kita. Agar lebih bermoral, agar lebih terkawal untuk kebaikan negara ke depan.



1 comment:

  1. Assalamualaikum akhirat/ukhti,,
    Aku mau nanya, status hadis dari hadis yang berbunyi “Rasulullah melarang lelaki berjalan diantara dua wanita.” (HR. Abu Daud).Apakah hadits itu shahih/dhaif/Maudud??

    ReplyDelete