Malaysia
adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang
mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan dapat dilihat melalui bahasa,
politik, ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri
daripada kaum Melayu, kaum India dan kaum cina. Manakala Sabah dan Sarawak
terdapat kaum Kadazan, Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka juga
dianggap sebagai kaum Bumiputera. Integrasi
membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar
belakang yang berbeza, lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta
kepentingan bersama. Ia berperanan untuk
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama
kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.
Ingin mencapai negara maju berdasarkan Wawasan 2020 negara mestilah
menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun
negara, Dasar pendidikan, dasar kebudayaan kebangsaan, Dasar Ekonomi baru, Wawasan
2020 dan dasar pembangunan negara. Justeru itu semua kaum di Malaysia
diwajibkan memahami, menerima, menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan
identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep
1 Malaysia.
Selain
itu, kepentingan hubungan etnik yang mantap sangat di perlu dalam kalangan
rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum
Melayu, kaum cina dan kaum India. Setiap kaum ini juga terdiri daripada
pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri
daripada etnik Jawa, Bugi, Rawa dan Banjar yang datang daripada kepulauan
Indonesia. Manakala kaum cina terdiri daripada Kwangsi, Hakka, Hokien,
Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri daripada
Kasta Maruthuvar, Vanniyar, Thevar, Nadar, Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua
etnik ini mempunyai bahasa dan cara hidup yang berbeza. Disebabkan itu,
kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat
penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan pembangunan negara tanpa
sebarang gangguan ataupun berlakunya salah faham antara kaum. sebagai sebuah
negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting
kerana kemajuan sesebuah negara bergantung pada perpaduan rakyat di negara ini.
Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia , Datuk seri Najib bin Tun Abdul Razak
telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini melalui slogan “Satu
Malaysia” dengan mewujudkan semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati
sesama kaum.
Antara
cabaran utama yang menghalang integrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita
adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu perkauman, etnosentrisme,
sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan
antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan
berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan
etnik dan integrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika
menjajah Tanah Melayu dulu. Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan
etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum. Masalah
prasangka antara kaum berlaku setelah British menjalankan pemerintahan dasar
pecah belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga era
pemerintahan Jepun yang mengamalkan sikap berat sebelah. Kesannya berlakulah
pergaduhan antara kaum. Perkauman merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik
sendiri dalam bidang politik, ekonomi dan sosial atau kebudayaan di mana satu-
satu etnik mementingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh
mewujudkan hubungan yang tegang dan
menjarakkan sosial antara individu dan menghalang perpaduan rakyat sekali gus
merencatkan kemajuan negara. Dalam perlembagaan terkandung beberapa perkara
yang menjurus kepada kesamarataan kaum
seperti hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan kerakyatan bagi kaum cina dan
kaum India. Bagi hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera adalah bertujuan
untuk membangunkan kaum Melayu demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial
antara kaum. Kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menjaga
kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada
sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga
persefahaman rakyat.
Sebagai
penutup, semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan
negara yang harmoni “ Malaysia truly Asia” dan jadikan peristiwa penjajahan
yang membuat dasar pecah belah sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan
di antara kaum. perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat
disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah
yang wujud daripada kepelbagaian etnik.
No comments:
Post a Comment