PENDAHULUAN
Pada masa kini,
isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga
dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog
juga turut wujudnya fitnah.. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan
sangat dicela oleh mana-mana agama.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak
diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu
menyesali perkara yang kamu lakukan".
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan
perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan
dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan
kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.
Rasulullah S.A.W
juga bersabda.
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang
yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang
besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang
dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat
buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat
mahupun negara.
JENIS- JENIS FITNAH
Fitnah menurut konteks undang-undang pula terbahagi kepada dua iaitu
libel dan slander. Libel adalah fitnah dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam
bentuk penulisan, lukisan, gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak
dan sebarang contoh yang melibatkan deria penglihatan.
Slander pula adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk
kepada fitnah dalam bentuk lisan seperti percakapan mahupun perbualan. Fitnah
dalam bentuk slander dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu,
bukan semua yang didengar itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah
1957, siaran radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel. Fitnah
jenis slander ini perlu dibuktikan bahawa orang yang difitnah mengalami
kerugian khas kecuali bagi kesalahan-kesalahan yang merangkumi lima bahagian
lain iaitu, pertama, tohmahan berkenaan kesucian seseorang gadis, kedua,
penghinaan berkenaan jawatan atau profesion seseorang, ketiga, penghinaan
berkenaan hak milik atau harta, keempat, tuduhan ke atas seseorang mengenai
kesalahan jenayah dan terakhir, tohmahan berkenaan penyakit berjangkit yang
menimpa seseorang.
LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYEBARAN FITNAH
Isu fitnah kian menular dalam kalangan masyarakat dan perlu diatasi
segera memandangkan impaknya terhadap individu, masyarakat dan negara amat
besar sehingga mampu meruntuhkan sesebuah institusi sama ada institusi
kekeluargaan mahupun institusi kerajaan. Oleh yang demikian, langkah-langkah
bijak harus diambil walaupun untuk menghapuskan masalah fitnah itu amat sukar,
sekurang-kurangnya, masalah tersebut dapat dikurangkan.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah
adalah mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala
paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium
utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka dan
bebas berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak
asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri
membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada
benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan,
cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya
mampu mengurangkan masalah fitnah.
Langkah kedua yang boleh diambil untuk mengatasi isu fitnah adalah
dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan. Undang-undang
tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat kepada pesalah fitnah yang
telah dibuktikan malahan mampu menakutkan semua, agar tidak sewenang-wenangnya
berkata, menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak benar, memandangkan kesan
daripadanya amat besar bak kata pepatah, ‘kerana pulut santan binasa, kerana
mulut badan binasa’.
Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan etika
penulisan yang sebenar juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah
fitnah. Jika dilihat, masyarakat kini lebih cenderung untuk sekadar menulis apa
yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan implikasi yang timbul akibat
penulisan tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak tahu dan tidak peka
terhadap etika penulisan atau undang-undang berkenaan penulisan itu sendiri.
Dalam hal ini, media massa dan elektronik akan memainkan peranan yang cukup
besar dalam menyebarkan prosedur sebenar penulisan yang tidak melanggar
syarat-syarat menulis bukan sahaja berkaitan isu sensitif seperti berkenaan
agama dan politik malahan penggunaan bahasa yang sesuai dalam penulisan.
Seterusnya, isu fitnah dapat diatasi dengan mewajibkan atau
melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang
didaftarkan sebelum boleh dilayari. Hal ini bagi memudahkan sebarang maklumat
tidak sah atau tidak benar dikesan seterusnya membolehkan seseorang lebih
berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu tulisan mereka kerana dikhuatiri,
jika penulisan tersebut mengandungi unsur fitnah, mereka akan dikenakan
tindakan sewajarnya bak bidalan lama, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap
malam, dengar-dengar.’
KESAN KEPADA INDIVIDU
Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang
difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri
dan keluarga tercemar. Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada
perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh
mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik
dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional
dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet.
KESAN KEPADA MASYARAKAT
Kesan fitnah terhadap masyarakat. Merujuk kepada konteks Malaysia,
terdapat banyak maklumat berunsurkan fitnah dalam rangkaian Internet.
Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian
berupaya menjana kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang
mempercayai terus maklumat yan diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di
dalam negara dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara. Fitnah juga
boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah seperti
kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga
tercemar.
Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum
dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan
ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik dalam proses
demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional dan
bertanggungjawab dalam menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan
tentang unsur yang berfaedah.
KESAN KEPADA NEGARA
Selain itu, fitnah mampu menngancam keselamatan negara apabila nama
negara terjejas. Anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan
negara dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.
Apabila salah
faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan
keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan
darah.
Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga
boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti
sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu
memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.
Keburukan dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan
peniaga asing untuk melabur di sesebuah ngara itu akibat. Selain itu, fitnah
juga akan menempias industri pelancongan sesuatu negara. Bukan itu sahaja, hal
ini malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah
negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
Fitnah merupakan
perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya.
Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang
serius dan dilaksanakan.
FAKTOR- FAKTOR PENYEBARAN FITNAH
Antara faktor yang menjadikan alam siber sebagai tempat menyebar
fitnah adalah alam siber adalah alam tanpa sempadan dan kos dalam penggunaanya
sangat rendah berbanding telefon bimbit
atau medium perhubungan yang lain. Disamping itu, ianya sangat mudah dan boleh
di gunakan dimana-mana pun diseluruh dunia. Oleh kerana ciri-ciri tersebut, medium
ini boleh menyebabkan perhubungan yang lebih meluas. Maka setiap orang berpendapat adalah lebih
mudah bagi mereka meluah dan menyuarakan pendapat kepada pihak lain malah ke
seluruh dunia.
Faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan
pelbagai bentuk kemudahan dalam alam siber, seperti e-mail, mesej yang dihantar
secara berkelompok atapun papan buletin atau berkomunikasi melalui forum. Jika
ramai yang berkomunkasi melalui cara ini, maka lebih banyak fitnah boleh
disebarkan. Fitnah yang disebarkan akan dilakukan secara serta-merta dan
tersebar menjadi permasalahan sejagat. Contohnya, parti-parti politik yang
menggunakan internet dalam memperjuangkan kesinambungan agenda politik mereka.
Ada sesetengah daripada pemimpin ataupun ahli parti-parti politik ini tidak
kiralah yang menyokong kerajaan ataupun dipihak yang membangkang atau
pembangkang menggunakan berita dalam talian untuk menabur fitnah dan hasutan
bagi melemahkan pihak lawan mereka. Hal ini berlaku kerana tidak seperti akhbar
tradisional. Semua hasil-hasil penerbitan haruslah tertakhluk kepada peruntukan
undang-undang dan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mana-mana hasil
penerbitan yang membangkitkan fitnah dan hasutan akan dikenakan tindakan
undang-undang ke atasnya. Dan juga jika hendak menerbitkan akhbar tradisional
perlulah ada sesebuah organisasi akhbar untuk melakukan penerbitan seterusnya
menghadkan bahan berita kerana telah ditapis isi kandungannya.
Akhirnya dengan wujudnya penyebaran berita dalam talian maka ramai
yang mengambil kesempatan ini untuk bersuara menyatakan apa yang tersurat dan
tersirat dalam benak masing-masing. Dengan senang fitnah demi fitnah dan
hasutan demi hasutan dilemparkan ke pihak yang bertelagah untuk mencapai tujuan
masing-masing.
Faktor lain adalah kurangnya kesedaran mengenai akibat menyebarkan
fitnah atau berbaur hasutan khususnya kepada golongan yang tidak berfikir
secara matang dan rasional serta kewarasan akal untuk bertindak. Mereka
haruslah menyedari bahawa dalam ajaran agama sendiri pun menyebut tentang
keburukan fitnah dan hasutan tidak kiralah apa jua agama sekalipun contohnya
dalam agam Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu.
Disebabkan pengaruh separti ini tidak hairanlah generasi sekarang ini
telah mengalami kembali penjajahan dalam proses pemikiran mereka. Apa yang
ditakutkan adalah nilai-nilai murni daripada generasi akan dating kelak hilang
atau telah terkikis dengan pendedahan gejala fitnah melalui internet ini. Kita
juga haruslah sedar bahawa generasi muda inilah yang bakal menyambung dan
menjadi pemimpin Negara suatu hari nanti.
Maka pihak kerajaan mahupun semua pihak haruslah mengekang gejala fitnah
dan tahu akan batasan tentang penggunaan komunikasi yang betul memalui internet
ini. Oleh itu penerapan nilai-nilai agama amat penting bagi mendidik seseorang
itu dalam berkata-kata atau bertindak.
KESIMPULAN
Kehidupan kita pada hari
ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari
nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan
baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar
kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan
memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk
mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka
akan merasa puas.
Kemajuan teknologi
komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti
facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia
dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang
muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan
untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
Antara langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan mewujudkan sebuah badan
khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini
kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk
menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas tanpa sempadan
berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi
manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan
sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau
tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita
yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu
mengurangkan masalah fitnah.
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment