Manusia merupakan makhluk sosial
yang diciptakan oleh Allah swt. Allah swt menciptakan manusia sedemikian rupa,
manusia juga merupakan makhluk yang paling sempurna diantara ciptaan Allah swt
yang lainnya, Allah menciptakan manusia begitu sempurna karena manusia
merupakan khalifah di muka bumi ini. Ada dua jenis manusia yang diciptakan oleh
Allah swt, iaitu kaum lelaki dan perempuan. Firman Allah swt dalam Al-qur’an
surat Al-Hujurat ayat 13:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa –
bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang
paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Allah berfirman bahawa Ia menciptakan
manusia pelbagai bangsa agar saling mengenali. Maksudnya, Allah SWT memerintahkan
manusia untuk bersosialisasi dan saling bergaul antara satu sama lain. Allah SWT
juga menjelaskan di dalam ayat ini bahawa manusia diciptakan berbeza-beza dari
berbagai suku kaum dan bangsa, dan Allah tidak suka orang-orang yang sombong
dengan apa yang dimilikinya kerana sesungguhnya yang paling mulia dihadapan
Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa.
Pergaulan merupakan suatu fitrah bagi manusia kerana
sesungguhnya manusia merupakan makhluk yang bersosial. Manusia juga memiliki
sifat tolong-menolong dan saling membantu antara satu sama lain. Namun, di
zaman sekarang ini terlalu ramai remaja yang terjebak dalam kemaksiatan akibat
salah pergaulan, seperti adanya video lucah, berzina, dan berbagai lagi. Hal
ini terjadi kerana pergaulan yang tidak dibatasi dengan iman yang kukuh
sehingga mudah terpengaruh dengan arus
pergaulan yang bersifat negatif.
Sebenarnya tidak hanya pergaulan terhadap lawan jenis
yang saat ini sedang merebak di masyarakat tetapi hubungan antara anak dan
orang tua juga banyak penyimpangan seperti adanya pembunuhan seorang ibu oleh
anaknya, hal itu juga disebabkan oleh iman si anak yang masih lemah dan goyah.
Sebenarnya di dalam Al-qur’an telah dijelaskan hubungan antara laki-laki dan
perempuan, hubungan sesama jenis, hubungan antara anak dan orang tua, hubungan
antara muslim dan bukan muslim, dan lain-lain lagi.
Namun bagi mereka yang baru saja mengetahui peraturan ini akan merasa tertekan
kerana pergaulan dalam islam begitu penting dan tidak seperti pergaulan yang
umum yang ditemui di masyarakat lain.
Batas-Batas Pergaulan
dalam Islam
A.
Pergaulan antara lawan jenis
Sekiranya pergaulan
itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka dibolehkan. Walau
bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan
sebagaimana yang telah digariskan Islam. Pandangan yang diberikan oleh Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan:
“Pada
prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara
total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas
perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran
Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.
Allah swt telah mengatur sedemikian rupa mengenai
pergaulan antara lawan jenis. Allah swt berfirman dalam surat Al-Israa ayat 32,
“Dan
janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (QS. 17:32).
Dalam ayat tersebut Allah SWT telah melarang manusia
untuk mendekati zina kerana sesungguhnya zina merupakan perbuatan yang keji.
Zina berlakunya disebabkan oleh kurang kukuhnya iman seorang manusia dan
akhirnya terbawa dalam pergaulan bebas ini. Islam mengatur batas-batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan, batas-batas tersebut dibuat bukan untuk
mengongkong kebebasan manusia, tetapi ia merupakan salah satu bentuk kasih sayang
Allah SWT terhadap umat manusia sebagai makhluk yang mulia. Sebagai muslim yang
beriman, kita sebagai remaja seharusnya memperhatikan beberapa adab pergaulan
yang telah diatur didalam Al-Quran.
Adab–adab pergaulan dalam islam :
· Pertama, hendaknya
setiap muslim menjaga pandangan matanya dari melihat lawan jenis secara
berlebihan. Dengan kata lain hendaknya dihindarkan berpandangan mata secara
bebas. Perhatikanlah firman Allah berikut ini,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya; yang demikian
itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat” (QS. 24:30)
Awal dorongan syahwat adalah dengan melihat. Maka
jagalah kedua biji mata ini agar terhindar dari tipu daya syaitan. Tentang hal
ini Rasulullah bersabda, “Wahai Ali, janganlah engkau iringkan satu
pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) dengan pandangan lain, karena
pandangan yang pertama itu (halal) bagimu, tetapi tidak yang kedua!” (HR. Abu
Daud).
· Kedua, hendaknya
setiap muslim menjaga auratnya masing-masing dengan cara berpakaian merupakan
islam agar terhindar dari fitnah. Secara khusus bagi wanita Allah SWT
berfirman,
Dan Katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya Dengan tudung di kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya
kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31).
Batasan aurat bersama bukan mahram (ajnabi)
1. Lelaki –
antara pusat ke lutut
2. Wanita –
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
• Berpakaian sopan menurut syariat, iaitu tidak nipis
sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
dan tudung mestilah dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berpakaian
asalkan menepati standard pakaian Islam.
• Hayati pemakaian kita di dalam solat. Sebagaimana
kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah, mengapa tidak kita praktikkan
dalam kehidupan di luar? Sekiranya mampu, bermakna solat yang didirikan
berkesan dan berupaya untuk mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan
mungkar.
• Jangan memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti
kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi
SAW menyebutkan : “Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” (
Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah).
· Ketiga, tidak membuat
sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina (QS. 17: 32) misalnya
berkhalwat (berdua-duaan) dengan lawan jenis yang bukan mahram. Nabi
bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka
janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena
sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).
· Keempat, menjauhi
pembicaraan atau cara berbicara yang boleh ‘menaikkan selera’. Arahan mengenai
hal ini kita ketahuinya di dalam firman Allah,
“Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara
hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah
perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31).
Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir
menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (bukan
mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir
Ibnu Katsir, jilid 3)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah
kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing)
kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan
kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab : 32).
Melunakkan suara yang berbeza dengan merendahkan
suara. Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut.
Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak
keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat
bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang
berbunyi : “Dan sederhanakanlah
langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah
Luqman : ayat 19). Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama
ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung , contohnya melalui SMS, Whatsapp
ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ia menggambarkan keperibadian
seseorang itu.
· Kelima, hindarilah
bersentuhan kulit dengan lawan jenis, termasuk berjabatan tangan sebagaimana
dicontohkan Nabi saw, “Sesungguhnya
aku tidak berjabatan tangan dengan wanita.” (HR. Malik, Tirmizi dan Nasa’i).
Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya kepala yang
ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang
tidak halal baginya.” (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi). Selain itu,
dari Aisyah :”Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali.”(Riwayat Bukhari).
Hal ini dilakukan oleh Nabi SAW yang sudah pasti untuk
memberikan teladan kepada umatnya agar melakukan tindakan preventif sebagai usaha
penjagaan hati dari bisikan syaitan.
Selain dua hadits di atas ada pernyataan Nabi yang
demikian tegas dalam hal ini, bekiau bersabda: “Seseorang dari kamu
lebih baik ditikam kepalanya dengan jarum dari besi daripada
menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thabrani).
· Keenam, hendaknya
tidak melakukan ikhtilat, yakni berbaur antara lelaki dengan
wanita dalam satu tempat. Hal ini diungkapkan Abu Asied,“Rasulullah saw
pernah keluar dari masjid dan pada saat itu bercampur baur antara lelaki dan
wanita di jalan, maka beliau berkata: “berundurlah kalian (kaum wanita), bukan
untuk kalian berjalan dibahagian tengah; bahagian kalian adalah di tepi (HR.
Abu Dawud).
·
Selain itu Ibnu Umar berkata, “Rasulullah
melarang lelaki berjalan diantara dua wanita.” (HR. Abu Daud).
B. Pergaulan Sejenis
Dalam hal menjaga aurat, Nabi SAW pun menegaskan
sebuah karma yang harus diperhatikan, beliau bersabda: “Tidak
dibolehkan laki-laki melihat aurat (kemaluan) laki-laki lain, begitu juga
perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Dan tidak boleh
laki-laki berkumul dengan laki-laki lain dalam satu kain, begitu juga seorang
perempuan tidak boleh berkemul dengan sesama perempuan dalam satu kain.” (HR.
Muslim)
C. Pergaulan Seorang Muslim dengan Bukan
Muslim
Dalam perkara-perkara umum (sosial) kita tetap menjalin
hubungan yang baik dengan bukan muslim sekalipun. Contoh yang baik ialah
apabila Nabi SAW berdiri ketika mengiringi jenazah bukan muslim. Kita perlu
tahu bahawa ada tiga jenis bukan muslim iaitu kafir harbi, kafir dzimmi, dan
kafir mu’aahad. Masing-masing mempunyai kelakuan yang berbeza. Dalam masalah
aqidah dan ‘ubudiyah, kita tegas terhadap non muslim. Contohnya, kita tidak
mengucapkan dan menjawab salam kepada mereka, tidak mengikuti ritual ibadah
mereka, dan yang sama sepertinya.
D. Pergaulan Sesama Muslim
Sesama muslim adalah bersaudara, seperti tubuh yang
satu dan seperti satu bangunan yang kukuhh dan saling mendukung antara satu
sama lain. Pergaulan sesama muslim dibalut dengan ukhuwah islamiyah.
Ada banyak hak saudara kita atas diri kita, antaranya
sebagaimana dalam hadits Nabi SAW berkata iaitu jika diberi salam hendaknya
menjawab, jika ada yang bersin hendaknya kita doakan, jika dijemput hendaknya
menghadirinya, jika ada yang sakit hendaknya kita jenguk, jika ada yang
meninggal hendaknya kita solatkan, dan jika dimintai nasihat hendaknya kita
memberikannya. Selain itu, sesama muslim juga tidak saling bermegah-megah, tidak
memfitnah, tidak menyebarkan aibnya, tetapi haruslah berusaha membantu dan
meringankan bebannya, dan sebagainya.
E. Pergaulan dengan Jiran
Tertangga
Jiran tetangga harus kita hormati. Misalnya dengan
tidak menzalimi, menyakiti dan mengganggunya, malah haruslah membantunya, contohnya
meminjamkan sesuatu yang diperlukannya, memberinya sebahagian makanan yang kita
masak kepadanya.
Kesimpulan
Pergaulan bebas adalah salah satu
penyebab hidup dari makhluk manusia sebab manusia adalah makhluk sosial, dan
hubungan antara manusia dibina melalui suatu pergaulan (interpersonal
relationship).
Pergaulan juga adalah setiap
individu itu harus dibebaskan sehingga setiap manusia tidak boleh dibatasi
dalam pergaulan, apalagi dengan melakukan diskriminasi, disebabkan itu melanggar
hukum hakam. Pergaulan antara manusia seharusnya bebas, tetapi tetap mematuhi
hukum, agama, budaya, serta bermasyarakat. Jadi, pergaulan bebas mestilah
teratur atau mestilah membatasi hukum-hukum hidup manusia tentunya tidak akan
menimbulkan ekses-ekses seperti saat ini.
Yang penting sebenarnya adalah
bagaimana remaja dapat menempatkan dirinya sebagai remaja yang baik dan benar
sesuai dengan tuntutan agama yang berlaku di dalam masyarakat serta dituntut
serta orangtua sentiasa memperhatikan tingkah laku dalam kehidupan seharian
anak mereka, memberikan pendidikan agama, memberikan pendidikan seks yang
benar. Oleh sebab itu permasalahan ini merupakan tugas seluruh elemen bangsa
tanpa terkecuali.
Usaha untuk
pencegahan sudah semestinya terus dilakukan untuk menyelamatkan generasi muda
kita. Agar lebih bermoral, agar lebih terkawal untuk kebaikan negara ke depan.