Friday, 14 October 2016

8) Unsur-Unsur Khurafat Dalam Filem

Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :

a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda


Manakala jalan penyelesiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :

 "Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"
Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.
 
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
 
Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
 
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
 
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
 
Image result for cerita cerita khurafat
 
 
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
 
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut.
Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam.
 
Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala." 
 
 
 

Thursday, 13 October 2016

7) Hiburan Melampau

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti firman Allah SWT dalam surah Az- I Zariyyat, ayat 56, yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat  kepadaKu”
Маkа menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap  aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada dalam ruang lingkup yang  diizinkan oleh Allah SWT. Kesemua ini bertujuan untuk memberi panduan  kepada para penganjur atau peminat hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syarak dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT. Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya  bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan jiwa. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Selain itu, Islam juga bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.
Dalam sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata:
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan  berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu”
Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama , yang mengetahui ара yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat Islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan. Bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan?
Apakah hiburan melampau? la adalah sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri den­gan hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam . Melihat kepada perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat Islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil уаng tak berdosa sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan Menyalah gunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya. Semua ini ber punca dari hiburan yang tidak terkawal yang mendorong kepada zina dan dosa-dosa besar, walaupun sebahagian orang melihatnya kecil.
Selain itu, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini menganggap menonton rancangan reatiti di kaca tv, sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu kesannya terhadap akhlak dan moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsur-unsur khurafat, bidaah dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya dalam nyanyian atau lakonan dalam filem atau drama.
Secara ringkasnya, banyak keburukan dan kesan yang negatif melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya I orang Islam itu sendiri. Manakala bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan, kesannya amat membimbangkan seperti keciciran dalam pelajaran dan  rosak akhlak sebagai seorang pelajar. Masalahnya, apakah kita mahu pemimpin masa depan ini adalah orang yang telah rosak agama dan akhlaknya dari peringkat awal dan siapakah yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang?
Begitu juga, pada masa kini hiburan melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan gosip artis dan filem, sedangkan masalah yang besar bagi membangunkan  umat diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan tetapi pada masa yang sama merasakan satu seksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program-program yang menggerakkan kerja-kerja Islam.
Hiburan yang dikategorikan oleh Islam sebagai hiburan melampau iaiah:
  • Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.
  • Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
  • Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk jangka waktu yang yang panjang.
  • Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.

Contoh hiburan melampau :


Image result for hiburan melampau dalam islam

Pergi ke konsert bercampur lelaki dan perempuan



Image result for hiburan melampau dalam islam

Melebihi batas-batas pergaulan



Kesimpulannya, Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak bercanggah dengan syarak, Kekosongan jiwa perlu diisi dengan ibadat dan kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang menegakkan syiar Islam.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’du, ayat 28, yang bermaksud :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia”.

6) Integrasi Budaya Dalam Perayaan


          
Image result for integrasi budaya dalam perayaan


       Pernyataan bahawa agama adalah suatu fenomena abadi di dalam di sisi lain juga memberikan gambaran bahwa keberadaan agama tidak lepas dari pengaruh realitas budaya di sekelilingnya. Seringkali praktik-praktik keagamaan pada suatu masyarakat dikembangkan dari doktrin ajaran agama dan kemudian disesuaikan dengan lingkungan budaya. Pertemuan antara doktrin agama dan realitas budaya terlihat sangat jelas dalam praktik ritual agama. Dalam Islam, misalnya saja perayaan Idul Fitri di Indonesia yang dirayakan dengan tradisi sungkeman-bersilaturahmi kepada yang lebih tua-adalah sebuah bukti dari keterpautan antara nilai agama dan kebudayaan. Pertautan antara agama dan realitas budaya dimungkinkan terjadi karena agama tidak berada dalam realitas yang vakum-selalu original. Mengingkari keterpautan agama dengan realitas budaya berarti mengingkari realitas agama sendiri yang selalu berhubungan dengan manusia, yang pasti dilingkari oleh budayanya.

          Dengan Kenyataan yang demikian itu juga memberikan arti bahwa perkembangan agama dalam sebuah masyarakat-baik dalam wacana dan praktis sosialnya-menunjukkan adanya unsur konstruksi manusia. Walaupun tentu pernyataan ini tidak berarti bahwa agama semata-mata ciptaan manusia, melainkan hubungan yang tidak bisa dielakkan antara konstruksi Tuhan-seperti yang tercermin dalam kitab-kitab suci-dan konstruksi manusia-terjemahan dan interpretasi dari nilai-nilai suci agama yang direpresentasikan pada praktek ritual keagamaan. Pada saat manusia melakukan interpretasi terhadap ajaran agama, maka mereka dipengaruhi oleh lingkungan budaya-primordial-yang telah melekat di dalam dirinya. Hal ini dapat menjelaskan kenapa interpretasi terhadap ajaran agama berbeda dari satu masyarakat ke masyarakat lainnya. Kajian komparatif Islam di Indonesia dan Maroko yang dilakukan oleh Clifford Geertz misalnya membuktikan adanya pengaruh budaya dalam memahami Islam. Di Indonesia Islam menjelma menjadi suatu agama yang sinkretik, sementara di Maroko Islam mempunyai sifat yang agresif dan penuh gairah. Perbedaan manifestasi agama itu menunjukkan betapa realitas agama sangat dipengaruhi oleh lingkungan budaya.
  
        Kebudayaan dikenal karena adanya hasil-hasil atau unsur-unsurnya. Unsur-unsur kebudayaan terus menerus bertambah seiring dengan perkembangan hidup dan kehidupan. Manusia mengembangkan kebudayaan; kebudayaan berkembang karena manusia. Manusia disebut makhluk yang berbudaya, jika ia mampu hidup dalam atau sesuai budayanya. Sebagian makhluk berbudaya, bukan saja bermakna mempertahankan nilai-nilai budaya masa lalu atau warisan nenek moyangnya, melainkan termasuk mengembangkan hasil-hasil kebudayaan.

         Di samping kerangka besar kebudayaan, manusia pada komunitasnya, dalam interaksinya mempunyai norma, nilai, serta kebiasaan turun temurun yang disebut tradisi. Tradisi iasanya dipertahankan apa adanya; namun kadangkala mengalami sedikit modifikasi akibat pengaruh luar ke dalam komunitas yang menjalankan tradisi tersebut. Misalnya pengaruh agama-agama ke dalam komunitas budaya (dan tradisi) tertentu; banyak unsur-unsur kebudayaan (misalnya puisi-puisi, bahasa, nyanyian, tarian, seni lukis dan ukir) di isi formula keagamaan sehingga menghasilkan paduan antara agama dan kebudayaan.
Yang menjadi Perdebatan dan perselisihan dalam masyarakat Islam sesungguhnya adalah perbedaan dalam masalah interpretasi, dan merupakan gambaran dari pencarian bentuk pengamalan agama yang sesuai dengan kontek budaya dan sosial. Misalnya dalam menilai persoalan-persoalan tentang hubungan politik dan agama yang dikaitkan dengan persoalan kekuasaan dan suksesi kepemimpinan, adalah persoalan keseharian manusia-dalam hal ini masalah interpretasi agama dan penggunaan simbol-simbol agama untuk kepentingan kehidupan manusia. Tentu saja peran dan makna agama akan beragam sesuai dengan keragaman masalah sosialnya.

           Antropologi, sebagai sebuah ilmu yang mempelajari manusia, menjadi sangat penting untuk memahami agama. Antropologi mempelajari tentang manusia dan segala perilaku mereka untuk dapat memahami perbedaan kebudayaan manusia. Dibekali dengan pendekatan yang holistik dan komitmen antropology akan pemahaman tentang manusia, maka sesungguhnya antropologi merupakan ilmu yang penting untuk mempelajari agama dan interaksi sosialnya dengan berbagai budaya. Nurcholish Madjid mengungkapkan bahwa pendekatan antropologis sangat penting untuk memahami agama Islam, karena konsep manusia sebagai 'khalifah' (wakil Tuhan) di bumi, misalnya, merupakan simbol akan pentingnya posisi manusia dalam Islam.

           Posisi penting manusia dalam Islam juga mengindikasikan bahwa sesungguhnya persoalan utama dalam memahami agama Islam adalah bagaimana memahami manusia. Persoalan-persoalan yang dialami manusia adalah sesungguhnya persoalan agama yang sebenarnya. Pergumulan dalam kehidupan kemanusiaan pada dasarnya adalah pergumulan keagamaannya. Para antropolog menjelaskan keberadaan agama dalam kehidupan manusia dengan membedakan apa yang mereka sebut sebagai 'common sense' dan 'religious atau mystical event.' Dalam satu sisi common sense mencerminkan kegiatan sehari-hari yang biasa diselesaikan dengan pertimbangan rasional ataupun dengan bantuan teknologi, sementera itu religious sense adalah kegiatan atau kejadian yang terjadi di luar jangkauan kemampuan nalar maupun teknologi.

          Penjelasan lain misalnya yang diungkapkan oleh Emile Durkheim tentang fungsi agama sebagai penguat solidaritas sosial, atau Sigmund Freud yang mengungkap posisi penting agama dalam penyeimbang gejala kejiwaan manusia, sesungguhnya mencerminkan betapa agama begitu penting bagi eksistensi manusia. Walaupun harus disadari pula bahwa usaha-usaha manusia untuk menafikan agama juga sering muncul dan juga menjadi fenomena global masyarakat. Dua sisi kajian ini-usaha untuk memahami agama dan menegasi eksistensi agama-sesungguhnya menggambarkan betapa kajian tentang agama adalah sebagai persoalan universal manusia.

         Dengan demikian memahami Islam yang telah berproses dalam sejarah dan budaya tidak akan lengkap tanpa memahami manusia. Karena realitas keagamaan sesungguhnya adalah realitas kemanusiaan yang mengejawantah dalam dunia nyata. Terlebih dari itu, makna hakiki dari keberagamaan adalah terletak pada interpretasi dan pengamalan agama. Oleh karena itu, antropologi sangat diperlukan untuk memahami Islam, sebagai alat untuk memahami realitas kemanusiaan dan memahami Islam yang telah dipraktikkan Islam that is practised yang menjadi gambaran sesungguhnya dari keberagamaan manusia.
  
        Di Indonesia usaha para antropolog untuk memahami hubungan agama dan sosial telah banyak dilakukan. Barangkali karya Clifford Geertz The Religion of Java yang ditulis pada awal 1960an menjadi karya yang populer sekaligus penting bagi diskusi tentang agama di Indonesia khususnya di Jawa. Pandangan Geertz yang mengungkapkan tentang adanya trikotomi-abangan, santri dan priyayi-di dalam masyarakat Jawa, ternyata telah mempengaruhi banyak orang dalam melakukan analisis baik tentang hubungan antara agama dan budaya, ataupun hubungan antara agama dan politik. Dalam diskursus interaksi antara agama-khususnya Islam-dan budaya di Jawa, pandangan Geertz telah mengilhami banyak orang untuk melihat lebih mendalam tentang interrelasi antara keduanya. Keterpengaruhan itu bisa dilihat dari beberapa pandangan yang mencoba menerapkan kerangka berfikir Geertz ataupun mereka yang ingin melakukan kritik terhadap wacana Geertz.

          Pentingnya mempelajari realitas manusia ini juga terlihat dari pesan Al-Qur'an ketika membicarakan konsep-konsep keagamaan. Al-Qur'an seringkali menggunakan "orang" untuk menjelaskan konsep kesalehan. Misalnya, untuk menjelaskan tentang konsep takwa, Al-Qur'an menunjuk pada konsep "muttaqien", untuk menjelaskan konsep sabar, Al-Qur'an menggunakan kata "orang sabar" dan seterusnya. Kalau kita merujuk pada pesan Qur'an yang demikian itu sesungguhnya, konsep-konsep keagamaan itu termanifestasikan dalam perilaku manusia. Oleh karena itu pemahaman konsep agama terletak pada pemahaman realitas kemanusiaan.

          Dengan demikian realitas manusia sesungguhnya adalah realitas empiris dari ketuhanan. Dan persoalan-persoalan yang dihadapi manusia adalah cerminan dari permasalahan ketuhanan. Maka mempelajari realitas manusia, dengan segala aspeknya, adalah mempelajari Tuhan-baca agama-dalam realitas empiris. Kenyataan bahwa realitas manusia-yang tercermin dalam bermacam-macam budaya-beragam, maka diperlukan kajian cross culture untuk melihat realitas universal agama. Marshal Hodgson menggambarkan bahwa bermacam-macamnya manifestasi agama dalam kebudayaan tertentu-little tradition-sesungguhnya adalah mosaik dari realitas universal agama-great tradition.

            Geertz adalah orang pertama yang mengungkapkan pandangan tentang agama sebagai sebuah system budaya. Karya Geertz, "Religion as a Cultural System," dianggap sebagai tulisan klasik tentang agama. Pandangan Geertz, saat itu ketika teori-teori tentang kajian agama mandeg pada teori-teori besar Mark, Weber dan Durkheim yang berkutat pada teori fungsionalisme dan struktural fungsionalisme, memberikan arah baru bagi kajian agama. Geertz mengungkapkan bahwa agama harus dilihat sebagai suatu system yang mampu mengubah suatu tatanan masyarakat. Tidak seperti pendahulunya yang menganggap agama sebagai bagian kecil dari system budaya, Geertz berkayinan bahwa agama adalah system budaya sendiri yang dapat membentuk karakter masyarakat. Walaupun Geertz mengakui bahwa ide yang demikian tidaklah baru, tetapi agaknya sedikit orang yang berusaha untuk membahasnya lebih mendalam. Oleh karena itu Geertz mendefinisikan agama sebagai:

"A system of symbols which acts to establish powerful, pervasive and long-lasting moods and motivations of a general order of existence and clothing these conceptions with such an aura of factuality that the moods and motivations seem uniquely realistic."

         Dengan pandangan seperti ini, Geertz dapat dikategorikan ke dalam kelompok kajian semiotic tradition warisan dari Ferdinand de Saussure yang pertama mengungkapkan tentang makna simbol dalam tradisi linguistik. Geertz mengartikan simbol sebagai suatu kendaraan (vehicle) untuk menyampaikan suatu konsepsi tertentu. Jadi bagi Geertz norma atau nilai keagamaan harusnya diinterpretasikan sebagai sebuah simbol yang menyimpan konsepsi tertentu. Simbol keagamaan tersebut mempunyai dua corak yang berbeda; pada satu sisi ia merupakan modes for reality dan di sisi yang lainnya ia merupakan modes of reality. Yang pertama menunjukkan suatu existensi agama sebagai suatu sistem yang dapat membentuk masyarakat ke dalam cosmic order tertentu, sementara itu sisi modes of reality mierupakan pengakuan Geertz akan sisi agama yang dipengaruhi oleh lingkungan sosial dan perilaku manusia.

            Geertz menerapkan pandangan-pandangannya untuk meneliti tentang agama dalam satu masyarakat. Karya Geertz yang tertuang dalam The Religion of Java maupun Islam Observed merupakan dua buku yang bercerita bagaimana agama dikaji dalam masyarakat. Buku The Religion of Java memperlihatkan hubungan agama dengan ekonomi dan politik suatu daerah. Juga bagaimana agama menjadi ideologi kelompok yang kemudian menimbulkan konflik maupun integrasi dalam suatu masyarakat. Sementara itu Islam Observed ingin melihat perwujudan agama dalam masyarakat yang berbeda untuk memperlihatkan kemampuan agama dalam mewujudkan masyarakat maupun sebagai perwujudan dari interaksi dengan budaya lokal.
  
           Sekarang ini ada kecenderungan untuk melihat Islam secara menyeluruh dengan menonjolkan ciri-ciri Islam lokal. Kajin semacam Marshal Hodgson yang mencoba menggabungkan perjalan pergumulan Islam dengan budaya maupun peradaban lokal menunjukkan suatu hasil yang memuaskan. Buku The Venture of Islam, tidak saja menghasilkan sebuah peta besar keberagaman Islam, tetapi juga merupakan tantangan tersendiri bagi pengamat Islam untuk menerjemahkan makna keberagaman itu. Di lain pihak, buku itu menyisakan banyak homework untuk kita semua bagaimana mengembangkan pemahaman dan kajian Islam di tingkat lokal untuk melihat keragaman dan kekayaan Islam lokal.

           Ira M. Lapidus juga menekankan dalam karya-karyanya untuk melihat keberagaman itu. Ia membagi periode Islam ke dalam beberapa periode yang ia sebut sebagai periode perkembangan paradigma melihat Islam. Ia mengakui bahwa kenyataan pemeluk Islam yang terdiri dari berbagai lapis budaya mencerminkan suatu curiosity (penasaran) untuk meneliti lebih lanjut. Yang jelas, kata Lapidus, di balik semua keberagaman itu Islam di daerah-daerah Muslim berfungsi sebagai pemersatu budaya. Namun yang lebih penting dari itu adalah bagaimana kita menjelaskan suatu rangkain knowledge yang utuh akan adanya Islam lokal itu.

         Bagi V.S. Naipaul ia seakan terpesona menyaksikan pengikut-pengikut Islam menerjemahkan Islam ke dalam visi-visi kedaerahan. Bukunya, Among the Believers menujukkan suatu perjalanan untuk menyaksikan keberagaman Islam. Ia tidak saja penting sebagai sebuah potret sosial, tetapi ia juga penting sebagai awal pijakan untuk melihat ke masa depan Islam.

        Agaknya kajian-kajian tentang agama dan budaya dapat kita arahkan dalam berbagai kerangka. Pertama dapat kita terapkan dalam upaya mencari konsep-konsep lokal tentang bagaimana agama dan budaya berinteraksi. Kedua, kajian tersebut dapat dipusatkan untuk mempetakan Islam lokal dalam sebuah peta besar Islam universal. Ketiga, local discourse atau local konwledge yang tumbuh dari pergumulan agama dan budaya dapat dijadikan sebagai tambahan wacana baru globalisasi. Kajian tentang local Islam dapat dijadikan sebagai pengkayaan wacana manusia.


       Uraian di atas memperlihatkan bahwa sesungguhnya pemahaman agama tidak akan lengkap tanpa memahami realitas manusia yang tercermin dalam budayanya. Posisi penting manusia dalam Islam-seperti digambarkan dalam proses penciptaannya yang ruhnya merupakan tiupan dari ruh Tuhan-memberikan indikasi bahwa manusia menempati posisi penting dalam mengetahui tentang Tuhan. Dengan demikian pemahaman agama secara keseluruhan tidak akan tercapai tanpa memahami separuh dari agama yaitu manusia. Barangkali tidak berlebihan untuk menyebut bahwa realitas manusia sesungguhnya adalah realitas ketuhanan yang empiris. Di sini sudah jelah integrasi antara agama dan budaya saling berhubungan.


5) Konsep Jiran


Image result for konsep jiran



DEFINISI

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.[1]

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.[2]

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

PEMBAHAGIAN JIRAN

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[3] dan teman sejawat, ibnu sabil[4] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”[5]

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.

Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.


Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

4) Persaudaraan

                 


Image result for persaudaraan dalam islam




     Kami akan mengulaskan sedikit tentang pentingnya menjaga tali perrsaudaraan. Menurut logika kita, setiap manusia memiliki kecenderungan untuk menjaga tali persaudaraan, hal ini dapat kita sedari dalam kehidupan seharian dimana kadang-kala terjadi ketidak serasian dalam berinteraksi sosial kepada kawan, sahabat, kerabat dan sebagainya. Ketidak serasian itu menjadikan pertualangan kita di dunia ini tidak menyenangkan.

   Diantara keutamaan menjaga tali persaudaraan adalah ia menjadikan perasaan seseorang tenang, hidup lebih bererti, dan murah rezeki. Ketika kita bicara tentang ketenangan hidup, maka kita tidak akan pernah lepas dari berbagai perbezaan jalan menuju ketenangan, sebagaimana kaum sufi mencari ketenangan melalui munajat kepada Allah SWT dengan melakukan aturan-aturan tertentu dan kaum liberal mencari ketenangan melalui kepuasan berfikir dengan melakukan ‘brainstorming’ terhadap setiap pekara yang meragukan mereka. Ketenangan perasaan yang boleh didapati oleh orang yang benar-benar menjalinkan persaudaraan merupakan ketenangan batin yang sangat menakjubkan tentunya menjalinkan persaudaraan dengan penuh ketulusan dan saling menghargai, kerana sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang yang selalu menjaga tali persaudaraan.

              
    Diantara keutamaan menjaga tali persaudaraan yang lain adalah menjadikan hidup lebih bererti. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dari lelaki dan wanita dan ia menjadikan manusia pula bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kita boleh saling mengenal. Sebab itu, berinteraksi sosial dengan sentiasa menjaga tali persaudaraan merupakan keputusan yang tepat untuk menjadikan hidup yang kita lalui di dunia ini penuh bermakna. Dan sebagaimananya kita ketahui bahawa sebaik-baik manusia adalah yang  member manfaat bagi saudara-saudaranya.
                

    Dalam hidup ini, Allah SWT telah menentukan nasib setiap makhluknya, dan Allah SWT menentukan takdir kita agar kita tidak pernah putus asa dalam sesuatu dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik. Dengan sentiasa menjalin tali persaudaraan kita akan murah rezeki kerana Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang selalu menjaga tali persaudaraan. Maksud tali persaudaraan disini adalah saling mengerti dan saling nasihat-menasihati dalam kebaikan dan perkara yang dianjur Alla SWT dan di larangnya.



       Semoga tulisan singkat ini dapat mengubah hati kita untuk sentiasa menjalinkan tali persaudaraan dengan bersungguh-sungguh, semoga rahmat Allah SWT menjaga kita selalu dan semoga dosa-dosa yang telah kita lakukan di ampuni  olehNya kerana kita hanya manusia biasa yang tiada daya upaya selain memohon rahmagt dan kasihnya agar tetap menjadi hambanya yang mendapat rahmat darinya.

3) Penyebaran FItnah

PENDAHULUAN

Pada masa kini, isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah.. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.
Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan".
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.

Rasulullah S.A.W juga bersabda.
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.



JENIS- JENIS FITNAH

Fitnah menurut konteks undang-undang pula terbahagi kepada dua iaitu libel dan slander. Libel adalah fitnah dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan, lukisan, gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh yang melibatkan deria penglihatan.

Slander pula adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada fitnah dalam bentuk lisan seperti percakapan mahupun perbualan. Fitnah dalam bentuk slander dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu, bukan semua yang didengar itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah 1957, siaran radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel. Fitnah jenis slander ini perlu dibuktikan bahawa orang yang difitnah mengalami kerugian khas kecuali bagi kesalahan-kesalahan yang merangkumi lima bahagian lain iaitu, pertama, tohmahan berkenaan kesucian seseorang gadis, kedua, penghinaan berkenaan jawatan atau profesion seseorang, ketiga, penghinaan berkenaan hak milik atau harta, keempat, tuduhan ke atas seseorang mengenai kesalahan jenayah dan terakhir, tohmahan berkenaan penyakit berjangkit yang menimpa seseorang.


LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYEBARAN FITNAH

Isu fitnah kian menular dalam kalangan masyarakat dan perlu diatasi segera memandangkan impaknya terhadap individu, masyarakat dan negara amat besar sehingga mampu meruntuhkan sesebuah institusi sama ada institusi kekeluargaan mahupun institusi kerajaan. Oleh yang demikian, langkah-langkah bijak harus diambil walaupun untuk menghapuskan masalah fitnah itu amat sukar, sekurang-kurangnya, masalah tersebut dapat dikurangkan.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah adalah mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka dan bebas berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.

Langkah kedua yang boleh diambil untuk mengatasi isu fitnah adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan. Undang-undang tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat kepada pesalah fitnah yang telah dibuktikan malahan mampu menakutkan semua, agar tidak sewenang-wenangnya berkata, menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak benar, memandangkan kesan daripadanya amat besar bak kata pepatah, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’.

Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan etika penulisan yang sebenar juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah fitnah. Jika dilihat, masyarakat kini lebih cenderung untuk sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa memikirkan implikasi yang timbul akibat penulisan tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak tahu dan tidak peka terhadap etika penulisan atau undang-undang berkenaan penulisan itu sendiri. Dalam hal ini, media massa dan elektronik akan memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan prosedur sebenar penulisan yang tidak melanggar syarat-syarat menulis bukan sahaja berkaitan isu sensitif seperti berkenaan agama dan politik malahan penggunaan bahasa yang sesuai dalam penulisan.

Seterusnya, isu fitnah dapat diatasi dengan mewajibkan atau melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang didaftarkan sebelum boleh dilayari. Hal ini bagi memudahkan sebarang maklumat tidak sah atau tidak benar dikesan seterusnya membolehkan seseorang lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu tulisan mereka kerana dikhuatiri, jika penulisan tersebut mengandungi unsur fitnah, mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya bak bidalan lama, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar.’


KESAN KEPADA INDIVIDU

Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga tercemar. Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet.


KESAN KEPADA MASYARAKAT

Kesan fitnah terhadap masyarakat. Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berunsurkan fitnah dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjana kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yan diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam negara dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara. Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga tercemar.

Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan tentang unsur yang berfaedah.


KESAN KEPADA NEGARA

Selain itu, fitnah mampu menngancam keselamatan negara apabila nama negara terjejas. Anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan negara dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.
Apabila salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah.
Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.
Keburukan dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah ngara itu akibat. Selain itu, fitnah juga akan menempias industri pelancongan sesuatu negara. Bukan itu sahaja, hal ini malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
Fitnah merupakan perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya. Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang serius dan dilaksanakan.


FAKTOR- FAKTOR PENYEBARAN FITNAH

Antara faktor yang menjadikan alam siber sebagai tempat menyebar fitnah adalah alam siber adalah alam tanpa sempadan dan kos dalam penggunaanya sangat rendah berbanding  telefon bimbit atau medium perhubungan yang lain. Disamping itu, ianya sangat mudah dan boleh di gunakan dimana-mana pun diseluruh dunia. Oleh kerana ciri-ciri tersebut, medium ini boleh menyebabkan perhubungan yang lebih meluas.  Maka setiap orang berpendapat adalah lebih mudah bagi mereka meluah dan menyuarakan pendapat kepada pihak lain malah ke seluruh dunia.

Faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan pelbagai bentuk kemudahan dalam alam siber, seperti e-mail, mesej yang dihantar secara berkelompok atapun papan buletin atau berkomunikasi melalui forum. Jika ramai yang berkomunkasi melalui cara ini, maka lebih banyak fitnah boleh disebarkan. Fitnah yang disebarkan akan dilakukan secara serta-merta dan tersebar menjadi permasalahan sejagat. Contohnya, parti-parti politik yang menggunakan internet dalam memperjuangkan kesinambungan agenda politik mereka. Ada sesetengah daripada pemimpin ataupun ahli parti-parti politik ini tidak kiralah yang menyokong kerajaan ataupun dipihak yang membangkang atau pembangkang menggunakan berita dalam talian untuk menabur fitnah dan hasutan bagi melemahkan pihak lawan mereka. Hal ini berlaku kerana tidak seperti akhbar tradisional. Semua hasil-hasil penerbitan haruslah tertakhluk kepada peruntukan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mana-mana hasil penerbitan yang membangkitkan fitnah dan hasutan akan dikenakan tindakan undang-undang ke atasnya. Dan juga jika hendak menerbitkan akhbar tradisional perlulah ada sesebuah organisasi akhbar untuk melakukan penerbitan seterusnya menghadkan bahan berita kerana telah ditapis isi kandungannya.

Akhirnya dengan wujudnya penyebaran berita dalam talian maka ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bersuara menyatakan apa yang tersurat dan tersirat dalam benak masing-masing. Dengan senang fitnah demi fitnah dan hasutan demi hasutan dilemparkan ke pihak yang bertelagah untuk mencapai tujuan masing-masing.
Faktor lain adalah kurangnya kesedaran mengenai akibat menyebarkan fitnah atau berbaur hasutan khususnya kepada golongan yang tidak berfikir secara matang dan rasional serta kewarasan akal untuk bertindak. Mereka haruslah menyedari bahawa dalam ajaran agama sendiri pun menyebut tentang keburukan fitnah dan hasutan tidak kiralah apa jua agama sekalipun contohnya dalam agam Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu.  Disebabkan pengaruh separti ini tidak hairanlah generasi sekarang ini telah mengalami kembali penjajahan dalam proses pemikiran mereka. Apa yang ditakutkan adalah nilai-nilai murni daripada generasi akan dating kelak hilang atau telah terkikis dengan pendedahan gejala fitnah melalui internet ini. Kita juga haruslah sedar bahawa generasi muda inilah yang bakal menyambung dan menjadi pemimpin Negara suatu hari nanti.  Maka pihak kerajaan mahupun semua pihak haruslah mengekang gejala fitnah dan tahu akan batasan tentang penggunaan komunikasi yang betul memalui internet ini. Oleh itu penerapan nilai-nilai agama amat penting bagi mendidik seseorang itu dalam berkata-kata atau bertindak.



KESIMPULAN

Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.

Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas tanpa sempadan berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.





LAMPIRAN


Image result for penyebaran fitnah keratan akhbar



2) Perkauman


Image result for perkauman



Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan dapat dilihat melalui bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, kaum India dan kaum cina. Manakala Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan, Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka juga dianggap sebagai kaum Bumiputera. Integrasi  membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia  berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat. Ingin mencapai negara maju berdasarkan Wawasan 2020 negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun negara, Dasar pendidikan, dasar kebudayaan kebangsaan, Dasar Ekonomi baru, Wawasan 2020 dan dasar pembangunan negara. Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahami, menerima, menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep 1 Malaysia.

Selain itu, kepentingan hubungan etnik yang mantap sangat di perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu, kaum cina dan kaum India. Setiap kaum ini juga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa, Bugi, Rawa dan Banjar yang datang daripada kepulauan Indonesia. Manakala kaum cina terdiri daripada Kwangsi, Hakka, Hokien, Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri daripada Kasta Maruthuvar, Vanniyar, Thevar, Nadar, Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa dan cara hidup yang berbeza. Disebabkan itu, kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan pembangunan negara tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya salah faham antara kaum. sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara bergantung pada perpaduan rakyat di negara ini. Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia , Datuk seri Najib bin Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi  kaum di negara ini melalui slogan “Satu Malaysia” dengan mewujudkan semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati sesama kaum.

Antara cabaran utama yang menghalang integrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu perkauman, etnosentrisme, sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan integrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu dulu. Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum. Masalah prasangka antara kaum berlaku setelah British menjalankan pemerintahan dasar pecah belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga era pemerintahan Jepun yang mengamalkan sikap berat sebelah. Kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum. Perkauman merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik, ekonomi dan sosial atau kebudayaan di mana satu- satu etnik mementingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh mewujudkan   hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu dan menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara. Dalam perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus  kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan kerakyatan bagi kaum cina dan kaum India. Bagi hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera adalah bertujuan untuk membangunkan kaum Melayu demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial antara kaum. Kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga persefahaman rakyat.  

Sebagai penutup, semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan negara yang harmoni “ Malaysia truly Asia” dan jadikan peristiwa penjajahan yang membuat dasar pecah belah sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan di antara kaum. perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan   masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.